Thursday, February 4, 2010

bangkit.


maaf masih tiada mood untuk segalanya.
almari masih bersepah,maaf maid br.awak kemaskan kemudian eh?
dalam otak masih lagi fikir macam-macam.
aku sendiri,masih lagi tidak terurus.
jadi,konklusinya?

semenjak dua menjak ni,dua perkataan yang selalu terpalit dalam diri aku ialah.
bosan dan rindu.
kenapa eh agak-agaknya?entahla.aku sendiri pon tak pasti.

aku bosan dengan rutin harian aku.
aku bosan dengan kerenah rakan-rakan.
aku bosan dengar cerita yang sama.
aku bosan dengan orang yang sama.
aku bosan dengan jawapan yang sama.
aku bosan dengan benda baru mahupun lama.
aku bosan dengan persahabatan.
aku bosan dengan drama mereka.
aku bosan dengan penipuan mereka.
aku bosan menjaga hati org lain.
aku bosan dilabel anak orang kaya.
aku bosan bila jadi diri sendiri.
pendek kata aku bosan dengan semua benda.

aku rindu dengan kawan-kawan kelas.
aku rindu dengan hilai ketawa macam syaitan.
aku rindu dengan cemuhan cikgu.
aku rindu dengan bebelan mereka.
aku rindu dengan persahabatan yang dulu.
aku rindu semua orang.
DAN PALING PENTING AKU RINDU AKU YANG DULU.
jelas disitu?

mungkin kalian tidak akan mengerti dengan semua ini.biarlah ianya menjadi bualan dibibir-bibir comel mereka yang tahu sahaja.haih.
mengeluh adalah hobi baru aku sekarang.:)
well,nak buat macammana kan?

.........................................

No comments:

Post a Comment